Notice: Use of undefined constant d - assumed 'd' in /home/tvselang/public_html/news.php on line 38

Notice: Use of undefined constant m - assumed 'm' in /home/tvselang/public_html/news.php on line 38

Notice: Use of undefined constant y - assumed 'y' in /home/tvselang/public_html/news.php on line 38
Insert Introduction Text Here

Berita Penuh

Ghazali Shafie Meninggal Dunia

Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya malam ini.

Ghazali, 88, meninggal dunia di rumahnya di Wangsa Baiduri, Subang Jaya kira-kira 7.45 malam, kata anak saudaranya Adam Azman.

Jenazah Ghazali kini ditempatkan di rumah adik perempuannya Datin Yuhanis Shafie di Damansara Utama.

Menurut Adam, jenazah Allahyarham akan dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Al-Mujahiddin Damansara Utama pada 8 pagi ini.

Jenazahnya akan disembahyangkan sekali lagi di Masjid Negara sebelum solat Zohor esok sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan yang terletak berhampiran Masjid Negara.

Antara kenamaan yang menziarahi jenazah Allahyrham di kediaman adiknya malam ini ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

 

Ghazali yang dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang meninggalkan dua orang anak lelaki iaitu Bachtiaer dan Sheriffudin.

Isteri Allahyarham, Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008.

Ghazali ialah ahli politik yang berkhidmat dari era Tunku Abdul Rahman hingga Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut digelar "King Ghaz" kerana tegas dalam menjalankan tugas-tugasnya.

Allahyarham mula berkecimpung dalam bidang politik dengan menyertai Persatuan Melayu Pahang pada 1946 yang pada mulanya melakukan kerja-kerja kebajikan sebelum diserap memasuki Umno. - Bernama

 

Online Media

Video

Berita Terkini

TVSelangor Poll

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) enggan melapor kepada kerajaan negeri bagaimana 1,300 ekar tanah berrnilai RM 540 juta dimanfaatkan

  

  

Getting poll results. Please wait...